Setiausaha Sulit KSUS PM Pesan Rendah Diri
Bak kata orang dulu-dulu, ikut resmi padi. Makin berisi makin tunduk. Memang sukar untuk kita mengikut panduan orang lama sebegini. Bila kita di atas, kita memang rasa macam nak terus ke atas. Tapi kita kena ingat, kalau terbang dekat ke matahari, nanti kita terbakar. Dan Ketua Setiausaha Sulit PM, selalunya di atas sana.
Dan juga setinggi mana pun kita terbang, ada yang boleh terbang lagi tinggi. Jadi ingatlah, turunkan pandangan mata kita kebawah. Tundukkan kepala, rendahkan badan. Dekatkan diri dengan rakyat di bawah. Kita ini adalah hamba kepada rakyat dan negara. Sebagai hamba pengabdi, jaga mata kita, jaga suara kita. Rendahkan diri kita. Ingat asal usul kita.
Cuba kita lihat siapa yang berada di sini, di Pejabat Perdana Menteri. https://www.jpm.gov.my/ms/direktori
Anda kenal mereka semua? Nama-nama dalam direktori ini, adakah anda pernah lihat mereka?
Bagaimana dengan beliau di bawah ini?
Dia adalah seorang Setiausaha Sulit. Tapi anda mungkin tidak kenal beliau. Nah! Apa yang dapat kita fahami di sini?
Pejabat Perdana Menteri. Penduduknya bertukar silih berganti. Tidak pernah tenang. Setiap hari ada muka lain yang masuk, ramai muka lain yang hilang. Orang tidak akan ingat siapa kita. Jadi kita perlu terima hakikat tersebut. Kita akan dilupakan.
Ya saya tahu, sebelum ini saya ada katakan yang first impression itu penting. Memang tak salah. Semasa kita kerja kita buat yang habis baik. Walaupun kita tahu yang orang tidak akan ingat siapa kita, kita teruskan yang terbaik. Sebab apa?
Sebab kita adalah Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Malaysia. Kita KSUS PM.
Tapi selepas itu apa? Selepas jawatan ini, siapa kita? Adakah orang masih akan ingat kita sebagai ketua di sini? Atau mungkin sudah lupa? Ya, pasti sudah lupa. Kerana ada yang baru naik ke tempat kita. Sekarang orang lain di sana, kita tiada apa-apa.
Jadi haruslah kamu bersiap-siaga, kerana masa akan melupakan kita. Tiada yang kekal di dunia fana.
Comments
Post a Comment