KSUS PM Barang Kemas dan Baju

 

ksus pm ismail sabri



Ya, memang tidak dinafikan, semua KSUS PM perlu berpakaian kemas dan formal setiap masa. Lebih-lebih lagi jika ke Putrajaya. Ini bukan kerja main-main. Berdepan dengan pelbagai aturcara formal, mahupun aturcara santai, kami perlu membawa imej segak.

Nasihat kami kepada penjawat awam, terutamanya di Jabatan Perdana Menteri, melaburlah untuk pakaian yang kemas and segak. Tak perlu mahal. Yang penting fitting baju, dan baju kena tepat dengan bentuk tubuh badan.

Jaga kekemasan diri. Kuku perlu sentiasa pendek. Kita jangan nampak selekeh. Kalau kamu jadi KSUS nanti, ini semua penting.

Kasut kena pastikan berkilat. Warna kasut kena sama dengan warna tali pinggang. Dua benda ni jangan mix-and-match. Kena sepadan.

Belajar cara ikat tali leher dengan betul. Etika majlis kena faham. Tahu bila kita patut guna windsor tie, or casual tie. Semua teknik ini ada dalam Youtube. Boleh Google dan belajar.

Perhatikan cara KSUS-KSUS lain menjaga imej mereka. Gunakan mereka sebagai contoh dan panduan. Kalau perlu, minta nasihat mereka.

KSUS PM Contoh Pakaian
Contoh pakaian kemas seorang KSUS PM

Contoh-contoh pakaian KSUS boleh didapati di sini

Ramai yang pandang mudah etika berpakaian. Kita kena faham, first impression itu penting. Orang akan hormat jika first impression kita nampak segak dan kemas. Kalau kita berpakaian selekeh, kita akan dilayan dengan selekeh juga.


Netizen dan KSUS PM


Netizen selalu memerhati cara pemakaian kita. Sebab itu kita tidak perlu pakaian yang mahal. Blazer berharga RM 300 sudah cukup untuk kita nampak segak. Kalau tempah, jumlah semua dalam RM 500 ke RM 700 sahaja. Kalau ada elaun baju, jangan kedekut.

Kasut kulit banyak yang murah. Jangan ikutkan brand sangat. Bukan orang nampak brand apa. Janji pakai kasut kulit dan kilatkan. Cukup. Elakkan stokin putih. Kalau tiada warna yang sesuai, pakai warna hitam. Mudah. Sama dengan blazer atau suit. Warna hitam atau biru gelap memadai untuk semua jenis majlis.


Nanti dalam post seterusnya saya akan berkongsi tentang pemakai baju Melayu dan baju batik.


Kenapa Ketua Setiausaha Sulit selalu mendapat perhatian Netizen? Adakah sebab mereka handsome? Kacak bergaya? Atau mereka punya karisma yang luar biasa? Bukan mudah untuk kita meneka kenapa.


Ya, memang bukan mudah jika tak kena gaya. Semuanya luar biasa. Apa kata empunya? Sebagai seorang yang faham dan terkesan dengan hal ini, saya amat kagum dengan semangat rakan-rakan seperjuangan saya.


Bila kita mendapat perhatian Netizen, mereka akan melihat semuanya. Semua perkara tidak kisah besar atau kecil. Habis kita ditelanjangkan di depan orang ramai. Tiada lagi rahsia.


Pegawai Khas


Apa sebenarnya fungsi pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri. Kita selalu nampak jawatan pegawai khas untuk menteri, tapi pernahkah kita bertanya apa kerja mereka?


Seorang pegawai khas akan menjalankan kerja-kerja khas. Tiada role yang tetap untuk mereka. Unit tim yang membantu seorang menteri akan bergerak seperti satu startup. Setiap individu dalam tim tersebut berupaya untuk memainkan pelbagai peranan. Ya, kita mungkin ingat mereka yang berkerja di pejabat menteri selalunya akan bergerak perlahan seperti badan-badan kerajaan lain. Tapi anda silap. Realitinya jauh berbeza.


Kalau anda pernah menonton drama West Wing atau mana-mana drama yang menunjukkan kehidupan di White House, anda pasti tahu setiap hari penuh dengan fire-fighting.


Jadi semua yang bekerja di dalam team tersebut perlu mampu untuk menyesuaikan diri. Di sini kita dari mana nama Pegawai Khas tersebut datang. Tugas-tugas khas yang tidak tahu dari mana datangnya perlu ditangani dengan segera. Meraka perlu cepat bertindak and berfikir dengan pantas untuk menyelesaikan masalah yang saban hari datang mengganggu tugas-tugas di Pejabat Perdana Menteri.


Peranan KSUS PM


Jadi apa pula peranan seorang Ketua Setiausaha? Adakah sama dengan pegawai khas? Selalunya seorang Ketua Setiausaha, pada asalnya adalah seorang pegawai khas. Setelah sekian lama mengikut seorang ahli politik, akhirnya dia akan diberikan jawatan Setiausaha Sulit.


Dan jika seorang menteri memerlukan lebih dari satu Setiausaha Sulit, menteri tersebut akan memberikan jawatan Ketua Setiausaha Sulit kepada salah satu Setiausaha Sulit.


Ini penting kerana tanpa seorang ketua, agak sukar bagi menteri tersebut untuk melakukan tugas-tugas harian. KSUS akan mengambil alih tanggungjawab seorang menteri.


Pegawai Tugas-Tugas Khas Kepada Menteri


Seperti yang dinyatakan di atas, selalunya KSUS datang dari golongan pegawai tugas-tugas khas. Tiada tugasan yang tetap. Sebagai contoh, Datuk Dr Marzuki Mohamad adalah penulis teks ucapan kepada Perdana Menteri. Tidak seperti Perdana Menteri lain yang teks ucapan mereka datang dari Pejabat Komunikasi Strategik atau dari Setiausaha Akhbar.


Adakah ini bermaksud seorang KSUS mesti datang dari ahli politik? Tidak sama sekali. Mereka mungkin mempunyai kelayakan professional seperti Datuk Dr Marzuki yang merupakan pensyarah di UIAM. Dengan kelulusan Doktor Falsafah Sains Politik dari Australian National University, Australia.


Memang digalakkan seorang Ketua Setiausaha Sulit untuk mempunyai ijazah dalam bidang Sains Politik. Ini akan membantu mereka untuk menjalankan tanggung jawab mereka dengan lebih cemerlang. Ijazah ini akan membolehkan merekan membuat keputusan yang tepat.


Dengan ijazah yang tinggi seperti Doktor Falsafah, kita percaya bahawa setiap nasihat dan pesanan beliau boleh diambil kira sebagai pedoman untuk kita semua. Kata-kata mereka bukan seperti riuh-rendah netizen di laman sosial. Mereka bukan armchair expert. Mereka memang pakar dalam hal-hal politik.


Teruskan melanggan di laman web ksuspmweb.com ini. Semua nasihat-nasihat boleh didapati di kategori Nasihat ini. Semoga kita semua dapan belajar dari pengalaman luas mereka sebagai seorang penjawat awam di jawatan yang tinggi di Putrajaya. Dan coretan meraka boleh memberikan gambaran sebenar tentang apa yang berlaku di dalam bilik Pejabat Perdana Menteri.


Bagi mereka yang berminat untuk mendalami hal-hal politik, atau bercadang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Politik, kami berharap apa yang diluahkan di laman ini dapat membantu sedikit-sebanyak. Kita ambil iktibar bersama-sama.


Mari teruskan perjuangan untuk rakyat dan negara kita yang dicintai ini.

Comments

Popular posts from this blog

Setiausaha Sulit KSUS PM Pesan Rendah Diri

KSUS PM Ismail Sabri Pakai Baju