Posts

KSUS PM Ismail Sabri Pakai Baju

Image
Hari ini kita akan bercakap tentang KSUS PM pakai baju kemas dan bergaya. Gaya, mutu, keunggulan – bak kata iklan suatu ketika dahulu. Ini memang amat penting. Kita tahu itu semua, tapi kenapa? Kenapa perlu bergaya? Seperti yang dinyatakan   di sini , first impression adalah sangat penting. Kita sekarang membawa imej negara. Bila orang luar masuk ke negara kita, dan berjumpa pemimpin tertinggi kita, kita perlu nampak berkarisma. Tidak semua orang punyai karisma secara natural. Bagi kebanyakan orang, karisma itu perlu diasah. Ia tidak normal bagi kita. Ya, memang akan rasa janggal pada mulanya. Tapi ini adalah hukum alam. Untuk kita berkembang, ianya tidak mudah. Tidak semuanya akan rasa normal. Ini termasuklah bila berpakaian formal ala barat. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Kata pepatah ini amat bermakna sekali. Bila kita bersama dengan orang luar, kita perlu menyesuaikan diri kita dengan persekitaran tersebut. Jangan jadi macam kera di hutan. Ada m...

Setiausaha Sulit KSUS PM Pesan Rendah Diri

Image
Bak kata orang dulu-dulu, ikut resmi padi. Makin berisi makin tunduk. Memang sukar untuk kita mengikut panduan orang lama sebegini. Bila kita di atas, kita memang rasa macam nak terus ke atas. Tapi kita kena ingat, kalau terbang dekat ke matahari, nanti kita terbakar. Dan Ketua Setiausaha Sulit PM, selalunya di atas sana. Dan juga setinggi mana pun kita terbang, ada yang boleh terbang lagi tinggi. Jadi ingatlah, turunkan pandangan mata kita kebawah. Tundukkan kepala, rendahkan badan. Dekatkan diri dengan rakyat di bawah. Kita ini adalah hamba kepada rakyat dan negara. Sebagai hamba pengabdi, jaga mata kita, jaga suara kita. Rendahkan diri kita. Ingat asal usul kita. Cuba kita lihat siapa yang berada di sini, di Pejabat Perdana Menteri.   https://www.jpm.gov.my/ms/direktori Anda kenal mereka semua? Nama-nama dalam direktori ini, adakah anda pernah lihat mereka? Bagaimana dengan beliau di bawah ini? Siapa KSUS PM ini? Dia adalah seorang Setiausaha Sulit. Tapi anda mungkin tidak kenal...

KSUS PM Barang Kemas dan Baju

Image
  Ya, memang tidak dinafikan, semua KSUS PM perlu berpakaian kemas dan formal setiap masa. Lebih-lebih lagi jika ke Putrajaya. Ini bukan kerja main-main. Berdepan dengan pelbagai aturcara formal, mahupun aturcara santai, kami perlu membawa imej segak. Nasihat kami kepada penjawat awam, terutamanya di Jabatan Perdana Menteri, melaburlah untuk pakaian yang kemas and segak. Tak perlu mahal. Yang penting fitting baju, dan baju kena tepat dengan bentuk tubuh badan. Jaga kekemasan diri. Kuku perlu sentiasa pendek. Kita jangan nampak selekeh. Kalau kamu jadi KSUS nanti, ini semua penting. Kasut kena pastikan berkilat. Warna kasut kena sama dengan warna tali pinggang. Dua benda ni jangan mix-and-match. Kena sepadan. Belajar cara ikat tali leher dengan betul. Etika majlis kena faham. Tahu bila kita patut guna windsor tie, or casual tie. Semua teknik ini ada dalam Youtube. Boleh Google dan belajar. Perhatikan cara KSUS-KSUS lain menjaga imej mereka. Gunakan mereka sebagai contoh dan panduan....